Sabtu, 19 Julai 2008.
7.00 pagi ~ Kelihatan beberapa petugas mula menyediakan sarapan untuk sukarelawan yang akan memulakan gotong-royong. Semua peralatan sudah tersedia di hadapan pintu dewan solat.
7.30 pagi ~ Beberapa ajk surau telah memulakan kerja masing-masing mengikut tugas yang telah dibahagi-bahagikan sebelumnya. Kehadiran beberapa orang ahli kariah hanya perlu mengambil peralatan dan mengikut mana-mana ajk yang telah memulakan kerja.
8.00 pagi ~ Beberapa orang kakitangan dari syarikat Sapura yang tinggal berdekatan sudah mula membantu manakala rakan-rakan yang berkumpul di kilang masih belum tiba.
8.30 pagi ~ Makluman dari syarikat Sapura bahawa kakitangan mereka tidak dapat turut serta bergotong-royong kerana arahan kerja lebih masa (OT) pada saat-saat akhir. Jumlah kehadiran pada masa ini sudah melebihi 18 orang.
11.00 pagi ~ Petugas sudah menyediakan makan tengahari untuk semua peserta. Kerja-kerja mengecat pada ruang dalam surau, dinding luar dan pagar telah dimulakan sebaik selesai kerja-kerja pembersihan.
1.20 petang ~ Semua kerja-kerja diberhentikan bagi menunaikan solat Zohor berjemaah dan bersambung semula selepas jam 2.00 petang.
4.40 petang ~ Kerja-kerja diberhentikan lagi untuk menunaikan solat Asar berjamaah dan disambung semula sebaik selesai berdoa. Kelihatan ramai remaja dan kanak-kanak turut serta membantu ayah-ayah mereka.
7.00 petang ~ Semua kerja-kerja diberhentikan.
Walaupun masih banyak ruang yang tidak sempat dicat namun kejayaan aktiviti gotong-royong ini tetap terserlah. Dengan bilangan peserta yang terhad namun kelihatan banyak kerja yang berjaya dilaksanakan. Sudah tentu ganjaran pahala kebajikan yang Allah kurniakan kepada peserta yang hadir ini melimpah-ruah memandangkan ahli kariah lain sibuk dengan urusan dunia mereka dan tidak berkesempatan untuk mengutip pahala-pahala yang diberikanNya.
Sumbangan syarikat Sapura dalam membekalkan alat dan bahan untuk kerja-kerja gotong-royong ini amat dirhargai walaupun mereka tidak dapat turut serta. Semoga mendapat ganjaran setimpal dengan usaha syarikat tersebut membantu mengindahkan rumahNya ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment