Ahad, 20 hb Julai 2008.
Jawatankuasa Surau telah berjaya merelisasikan Bengkel Pembangunan Muazzin dan Imam ini mulai tepat jam 9.00 pagi sebagaimana yang telah dirancangkan semenjak perlantikkan AJK baru pada mesyuarat Agong 18 Mei 2008 lalu. Perlantikkan Muazzin dan Imam ditangguhkan bagi tujuan mengadakan kursus terlebih dahulu sebelum perlantikkan.
Pembentang kertas kerja, Ustaz Haji Muhamad Husaini Bin Haji Muhamad Mukhtar, pelajar Master dalam Pendidikan Al-Quran (Qiraat) telah menyediakan dua kertas kerja bertajuk Muazzin dan Imam. Kertas kerja pertama, Muazzin setebal 25 mukasurat merujuk pada beberapa rujukan antaranya; Kamus Lisan Al-'Arab, Hawasyi Tuhfah Al-Muhtaj, I'anah Ath-Thalibin, Al-Majmu', Mughni Al-Muhtaj, Sabil Al-Muhtadin, Fath Al-Allam dan Syarah Shahih Muslim. Antara intipati yang dapat dikongsikan disini adalah kesimpulan yang tercatat di mukasurat 25.
' Azan itu syiar umat Islam dilaungkan untuk mengingati sembahyang sekaligus menunaikan secara berjemaah tanda umat Islam bersatu padu. Untuk sembahyang bersendirian ia merupakan sebagai zikir.
Di sampiung banyaknya ganjaran dan fadhilat dalam azan dan iqamah itu, azan berfungsi juga untuk mengubati orang yang "kerasukan", resah gelisah, menghindarkan daripada kejahatan jin, meredakan orang marah dan mengelokkan buruk perangai hatta berguna untuk orang hendak belayar. Azan dan iqamah ke atas anak damit yang baru lahir sudah pun dimaklumi oleh umum.'
Kertas kerja kedua bertajuk Imam mula dibentangkan oleh Ustaz Hj. Muhamad Husaini pada pukul 10.10 pagi selepas peserta berhenti rehat 20 minit untuk menjamu juadah sesudah tamat pembentangan kertas kerja muazzin. Kehadirian peserta seramai 15 orang menggambarkan kejayaan ajk menganjurkan bengkel ini.
Kertas kerja Imam setebal 20 mukasurat juga disedia dan dibentangkan oleh Usatz Haji Muhamad Husaini. Kertas kerja ini merujuk kepada karangan kitab-kitab;
1. Nawawi Al-Bantani ~ Nihayah Az-Zain
2. As-Sheikh Abdul Samad Al-Falembani ~ Sair As-Salikin Ila' Ibadati Robbil Al-'Alamin
3. Bidayah Al Hidayah
4. Kumpulan Fatwa Imam Ibnu Hajar
5. Al-Imam Al-Sayyid Abdullah Bin 'Umar ~ Bughyah Al-Mustarsyidin
Sessi kertas kerja Imam ini tamat tepat jam 1.00 petang diikuti beberapa soalan diajukan oleh peserta. Kemudian semua peserta bersembahyang Zohor berjamaah sebelum bersurai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment